Gaya Jambang Lelaki 2018
Selain daripada rambut yang mempunyai banyak gaya , adakah anda tahu bahawa jambang di muka anda turut mempunyai beberapa gaya juga ? Ya , jambang / janggut telah terbukti dapat menarik perhatian wanita kerana sesetengah wanita berpendapat lelaki yang berjambang itu mempunyai ciri – ciri lelaki yang maskulin dan segak ! . Namun, ianya merupakan suatu yang bosan jika anda hanya mengekalkan gaya jambang yang sama dari tahun ke tahun .
Akhir – akhir ini pada 2018 , setelah diperhatikan ramai lelaki yang telah menumbuhkan jambang mereka dengan panjang dan menghasilkan efek full beard selain daripada memilih untuk mempunyai janggut yang dipotong kemas dengan pemotongan yang tajam dan kelihatan bergaya . Kami juga akan turut menyenaraikan gaya rambut yang boleh digayakan sekali dengan gaya jambang di muka anda. Terdapat banyak cara untuk menggabungkan potongan rambut dan janggut yang bergaya, termasuk gaya transition yang sesuai antara rambut di kepala dan muka anda, Dan sudah pastinya anda boleh berseronok untuk bereksperimen dengan semua gaya berbeza yang kami akan senaraikan di bawah .
Oleh itu, sama ada anda ingin menumbuhkan janggut panjang ataupun perlukan idea-idea baru yang pendek dan rapi untuk pemotongan yang lebih profesional, kami mempunyai koleksi gaya janggut yang paling popular untuk 2018. Boleh lihat jenis jambang / janggut yang berbeza di bawah untuk menampilkan gaya baru diri anda pada tahun ini !
THICK BEARD

Untuk mendapatkan gaya jambang yang tebal dan bagus sebegini anda perlu membiarkannya tumbuh selama beberapa bulan tetapi ingat ! ianya bergantung kepada genetik dan gaya hidup anda , maka jika anda mempunyai genetik keluarga yang dapat menghasilkan jambang yang lebat dalam masa hanya satu bulan maka tidak perlulah anda untuk menunggu sehingga beberapa bulan lamanya . Sila beri perhatian , iatu jika anda mahu mengemaskan jambang di bahagian bawah leher ataupun di tepi seperti kawasan pipi , anda boleh melakukannya untuk memberi efek kemas dan terurus tetapi anda dinasihatkan untuk lebih berhati – hati agar anda tidak terlalu kerap melakukannya ataupun gaya ini tidak akan terhasil . Gambar di atas merupakan contoh terbaik bagi menonjolkan jambang penuh anda dengan rambut yang panjang .
SHORT BEARD

Gaya jambang yang pendek ini memberi efek seksi kepada lelaki kerana ianya mengenai bentuk jambang dan bukannya kepanjangan jambang itu. Anda boleh menghasilkan gaya jambang yang sempurna dengan bentuk muka anda dengan menggunakan pencukur jambang yang bagus .
FADED BEARD

Gaya ini amat popular di dalam golongan lelaki yang hipster dengan menipiskan bahagian sideburns dan janggut sehingga ke rambut dengan gaya gradient . Gaya ini menampakkan gaya yang segar dan kemas .
BEARD WITH FADE

Gaya fade memang digemari oleh kebanyakan jejaka . gaya Taper Fade dan juga Skin Fade dapat menonjolkan perbezaan antara kemasan tepi yang pendek dan rambut yang panjang di bahagian atas rambut. Gaya full beard seperti di atas dapat menambahkan gaya yang ranggi .
COOL BEARD SHAPE

Selain mencukur jambang anda dengan sendiri di rumah , adalah lebih baik untuk anda mendapatkan barber untuk membentukkan jambang anda . Petama sekali ianya dapat membantu anda untuk mendapatkan simetri yang betul untuk digayakan bersama dengan gaya rambut baharu anda, Yang kedua, anda dapat mempelajari tentang bagaimana barber membentukkan jambang anda jadi anda boleh melakukan teknik yang sama di rumah anda.
LONG BEARD

Terdapat berbagai cara untuk digayakan bersama jambang yang panjang . Mempunyai janggut yang tebal dan penuh adalah perkara terbaik untuk mendapatkan gaya long beard tanpa sebarang tempat yang tak sekata . Anda mungkin perlu rujuk cara untuk mendapatkan janggut yang lebat di sini .
BALD WITH BEARD

Kepala yang dicukur licin ataupun kata lainnya botak dapat ditonjolkan dengan penggayaan jambang penuh. Sedikit fakta , kebanyakan wanita menyukai lelaki botak yang berjambang . Masalah rambut yang menipis dan mempunyai rambut rosak telah menyebabkan lelaki memilih untuk mencukur licin rambut mereka dan ianya merupakan perkara yang baik untuk menonjolkannya dengan jambang penuh anda seperti di gambar contoh di atas.
FULL BEARD

Gaya ini adalah suatu gaya yang versatile dan tampak hebat dengan gaya rambut pendek , sederhana mahupun panjang . Malahan anda juga boleh menggabungkan rupa ini dengan handlebar mustaches seperti gambar di atas untuk memberi sentuhan hebat gaya hipster.
MAN BUN + BEARD

Gabungan man bun dan jambang tidak pernah gagal setiap kali digayakan oleh lelaki . Ianya menampakkan gaya lelaki moden pada diri anda.
GOATEE

Gaya ini sering digayakan apabila anda susah untuk mendapatkan jambang yang tebal dan panjang dan kebiasaanya disebabkan genetik . Gaya goatee didatangkan dalam banyak gaya dan ini merupakan salah satu daripadanya.
VAN DYKE BEARD

Gaya ini merupakan salah satu gaya goatee yang mempunyai janggut di dagu dan mempunyai misai berbentuk cengkung . Gaya sebegini sering digayakan oleh lelaki yang ranggi dan berkeyakinan untuk menggayakannya .
Gambar – gambar di bawah pula adalah contoh gaya rambut yang boleh digayakan dengan gaya jambang yang sesuai .
SHORT HAIR + LONG BEARD

LOW FADE + LINE UP + TRIMMED BEARD

HIGH BALD FADE + CROP TOP + FULL BEARD

MEDIUM LENGTH HAIR + LONG, THICK BEARD

SHORT SIDES + LONG TOP + BEARD DESIGN

BEARD + SLICKED BACK HAIR

THICK BEARD + COMB OVER

BEARD + BUZZ CUT

BURST FADE MOHAWK + THICK BEARD

THICK BEARD STUBBLE + BRUSHED BACK HAIR

SHAVED SIDES + TOP KNOT + LONG BEARD

MESSY CURLY HAIR + FULL SHORT BEARD

RUGGED BEARD

BRUSHED BACK HAIR + BUSHY BEARD + RAZOR FADE

sumber : walterbarbershop
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D