ANTARA KELEBIHAN URUTAN BADAN BRACE MEN

Januari 05, 2019


Tentu ada di antara kita yang suka badannya diurut. Bagi yang tak pernah, anda harus cuba urut badan kerana rasanya amat menakjubkan!

Urut badan menjadi pilihan sesetengah orang untuk mengatasi rasa penat, letih, dan melegakan beberapa bahagian tubuh yang dirasakan tegang setelah seharian bekerja. Banyak manfaat yang dapat diperoleh ketika urut badan. Selain bermanfaat untuk tubuh, urut badan juga akan membuat anggota tubuh, fikiran dan jiwa menjadi lebih sihat. Bukan itu saja, terdapat beberapa kebaikan lain yang diperoleh setelah melalui proses urut badan tersebut. Antaranya;

Mengurangkan Perasaan Gelisah & Tertekan

Keadaan hati yang tenang sangat mempengaruhi kesihatan dan perkara ini boleh anda peroleh melalui urut badan. Ketika depresi atau tertekan, perasaan gelisah dan serabut itu sering diatasi dengan pengambilan ubat. Namun, urut badan boleh menjadi alternatif dan sangat efektif bagi sesetengah orang. Urut badan akan mendorong pernafasan menjadi lebih teratur dan tenang. Keadaan yang relaks akan menjauhkan anda daripada pelbagai fikiran negatif dan ketakutan.

Melancarkan Perjalanan Darah

Urut badan adalah cara yang sangat bagus untuk meningkatkan perjalanan darah dalam tubuh. Urut badan akan meningkatkan sistem perjalanan darah dengan cara mengepam oksigen ke dalam jaringan, organ dan juga membantu menghilangkan racun dari tubuh.

Memperbaiki Postur

Urut badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur tubuh. Urut badan akan membantu melatih otot-otot tulang untuk duduk dalam kedudukan yang tepat. Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot tubuh dan menjadikan postur anda lebih baik.

Bantu Menyembuhkan Kesakitan

Melalui urut badan juga dapat menyebuhkan luka lebih cepat serta membantu meningkatkan ruang gerak bagi otot-otot. Maka, tulang otot anda pun menjadi lebih relaks dan selesa melakukan berbagai gerakan. Jika dilakukan oleh tukang urut yang professional dan terlatih akan mampu menghasilkan urutan yang dapat mengurangkan rasa sakit kerana migraine, sakit tulang (arthritis) dan sebagainya. Urut badan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah dan membantu menghadang penerima rasa sakit pada sistem saraf serta meningkatkan kepadatan tulang-tulang anda.

Meremajakan Tubuh

Jika tekanan kerja yang terlalu kuat, masalah peribadi atau beberapa bahagian tubuh yang terasa sakit, selain berehat, urut badan juga dapat membantu. Urut badan dapat meremajakan tubuh anda dan ketika bangun, tubuh akan terasa lebih energetic. Urut badan yang biasanya menggunakan aromaterapi, minyak essential dan losyen turut membantu menyegarkan fikiran anda.
Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh

Bukan hanya dari vitamin atau suplemen sahaja anda boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh, sebaliknya melalui urut badan. Urutan yang dilakukan akan meningkatkan pengaliran darah ke sistem limfatik dan membuat daya ketahanan tubuh menjadi lebih kuat.

Mencerahkan Kulit

Sudah pasti, kalau boleh bukan hanya wajah sahaja yang anda ingin nampak bersinar atau kelihatan lebih cerah. Tubuh pun demikian. Urut badan akan membantu meningkatkan fungsi kelenjar sebasea dan mengeluarkan peluh dalam tubuh serta membersihkan kulit. Ini akan mengangkat sel kulit mati dari tubuh, melegakan otot-otot, meningkatkan kitaran dan memberikan kesegaran pada wajah dan tubuh anda.

Tidur Jadi Lebih Nyenyak

Jika anda tidak boleh tidur nyenyak pada malam hari, elok anda urut badan kerana ia sangat efektif dalam meningkatkan pola tidur anda. Urut badan akan membantu membuatkan tubuh dan fikiran menjadi lebih relaks dan mengurangkan stress sehingga secara semulajadi akan membantukan anda rasa megantu. Ini adalah kerana ketika melakukan urutan, secara tak langsung ia akan mengeluarkan hormon tenang.

Itulah antara manfaat urut badan yang dapat saya kongsikan. Kini terdapat banyak jenis urut badan yang disediakan di beberapa pusat kencantikan atau spa, dan anda boleh memilih yang sesuai dengan keperluan anda. Biar sesibuk manapun anda, pastikan anda mempunyai masa untuk memanjakan tubuh dengan menikmati urut badan di spa. Paling kurang, sebulan sekali untuk hasil yang lebih berkesan.

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.