Urutan Melegakan Lenguh Paha Menggunakan Teknik Urutan Spa
Mungkin ada ramai yang sedang alami masalah yang sama. Kaki samada sebelah kanan atau kiri terasa lenguh sentiasa dari atas sampai ke bawah. Ada kalanya kaki terasa sakit setiap kali bergerak dalam kedudukan tertentu.
Kebiasaannya mereka yang terasa kaki lenguh atau sakit dari atas sampai ke bawah sebegitu, sudah tentu dah agak berumur. Paling kurang dalam lingkungan 40-an umurnya. Kalau masih muda mungkin tak terasa lenguh tu. Kalau sakit disebabkan terseliuh atau patah mungkin ada bagi yang masih muda.
Orang muda jarang sangat nak hadapi masalah kaki rasa lenguh tak tentu punca. Ia datang tiba-tiba sahaja dalam dok elok-elok, tiba-tiba terasa amat lenguh sepanjang masa. Nak kata pinggang sakit tak juga. Jatuh atau terseliuh pun tidak. Tapi lenguh datang entah dari mana.
Mula rasa lenguh sekali sekala
Saya alami masalah ini dah agak lama. Rasa lenguh itu datang ikut suka masa dia. Tapi biasanya dia datang tak lama. Dalam hari-hari tertentu, rasa lenguh tiba-tiba muncul dari pagi sampai petang. Lenguh lembut yang masih boleh ditahan.
Bila jadi macam itu, biasanya saya buat tak endah saja sebab boleh tahan. Lagipun bila layan kesibukan, rasa lenguh itu dapat dilupakan begitu saja dan akhirnya ia hilang tanpa disedari.
Begitulah keadaannya, datang dan pergi dalam keadaan yang masih boleh ditahan.
Bila jadi macam itu, saya akan buat amalan senaman pinggang yang pernah dikongsikan kat blog ini sebelum ini. Biasanya dengan hanya senaman tersebut, kaki akan terasa lega semula dan pinggang juga akan rasa nyaman dan lega.
Bagi yang belum tahu macam mana nak lakukan senaman tersebut, boleh pergi ke pautan kat sini dan boleh cuba amalkannya.
Mula rasa lenguh kuat tak selesa
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tiba-tiba rasa lenguh yang ringan macam sebelum ini dah bertukat menjadi lebih ganas. Lenguh dah bertukat menjadi sakit sebenarnya tapi tak boleh nak diperbetulkan dengan sekadar mengurut.
Kenapa saya kata tak boleh nak buat urutan adalah disebabkan sakit dan lenguhnya bukan pada bahagian luar kaki. Terasa berdenyut-denyut pada bahagian dalam dan di bawah otor kaki terutamanya pada bahagian dalam otot punggung dan bahagian dalam otot belakang kaki.
Rasa sakit dan tegang bertambah teruk setiap kali bagun dari tidur sebelah pagi untuk slat subuh. Rasa macam urat dalam kaki tu kena tarik dari atas. Boleh juga dirasakan macam ada urat yang tersepit pada bahagian sendi antara peha dengan tulang punggung.
Tapi setelah tahan, buat senaman serangan serba sedikit dan kemudiannya turun berjalan kaki kat taman dalam 10 pusingan, sakit akan berkurangan.
Begitulah saya layan sakit dan lenguh yang semakan ganas itu saban hari, seminggu dan dah nak masuk sebulan.Tapi nampaknya kesakitan semakin bertambah meningkat dari seminggu ke seminggu. Dah rasa tak boleh tahan sebab kesakitan sentiasa ada tak habis berpanjangan. Apa yang saya perlu buat ?
Buat urutan badan di Sabah
Dalam keadaan sakit itu saya ke Sabah tiga minggu lepas. Kebetulan kawan ajak pergi mengurut seluruh badan dari pusat urutan yang dia serng berkunjung. Saya pernah ke sana sekali sebelum ini. Urutan dari tukang urut orang Indonesia memang agak melegakan.
Saya fikirkan bagus juga dengan keadaan sakit kaki sebelh kanan itu. Mungkin dengan urutan penuh itu akan melegakan. Maka saya pergi mengurut sampai dua jam seluruh badan dari kepala sampai ke hujung jari kaki.
Hasilnya !
Tak ada sedikitpun rasa sakit dan lenguh itu hilang. Malah saya rasa macam sakit dan lenguh itu semakin teruk berbanding sebelum pergi mengurut seluruh badan.
Buat Rawatan Brace Malay Massage di Kelantan
Kebetulan saya pergi ke Kelantan baru-baru ini. Kawan kenal pula dengan seorang kawannya yang mengusahakan pusat rawatan dan spa di Machang.
Saya tak fikir panjang terus ajak dia ke sana. Sakit dan lenguh dah tidak boleh ditahan lagi. Perlu buat sesuatu dan mungkin kali ini spa ini ada jawapannya.
Nak diringkaskan cerita memang betul. Dalam keadaan sakit dan lenguh sebegitu, Brace Men Spa adalah yang terbaik. Mereka akan buat pemeriksaan, tekan pada bahagian tertentu sehinggalah puncanya dapat dikesan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses rawatan dengan urutan badan secara tradisional, urutan spa dan sport exercise.
Setelah bertemuramah sejarah dan aktiviti saya selama ini, dia sahkan saya alamai masalah urat pada tulang belakang tersepit. Puncanya adalah kesan dari tulang belakang yang terseliuh lama sebelum ini.
Dia rasa dan tekan seluruh tulang belakang memang ada beza kedudukan tulang belakang bahagian bawah di punggung. Lari sebelah dan saya selama ini mungkin banyak menggunakan otot kaki kanan disebabkan kedudukan tulang yang tak sekata itu.
Dah lama dibiarkan begitu dan sekarang saya mula rasa kesan dan akibatnya. Sakit berdenyut berpanjangan akan kekal selagi tidak dibuat sesuatu yang sesuai. Rawatan fisioterapi ambil masa dan tak cukup hanya sekali sahaja.
Rawatan & Urutan Badan yang baik dan murah
Apa yang bagus tentang pusat rawatan dan spa tersebut adalah aktiviti pembetulan yang diberikan secara penuh walaupun baru sekali ke sana. Dibetulkan kedudukan tulang. Melegakan kekejangan otot dan urat. Diberikan juga cara senaman yang perlu dilaksanakan setiap hari.
Semua itu hanya dengan kos RM90 sahaja ! Jika urut badan sahaja RM50 utk sejam.
Bagi orang Kelantan yang nak cuba dapatkan rawatan badan kat tempat yang saya pergi itu boleh cari di alamat seperti berikut:
Brace Men Spa. No 22, Arked Mara Machang, 18500 Machang Kelantan.
Memang sakit masih tak lega 100%, nak kena buat ulangan rawatan susulan. Tapi apa yang saya dapat dan maklumat yang diberikan dengan kos hanya RM90 adalah sesuatu yang amat tidak disangka.
Berbanding dengan kos rawatan yang sama yang saya cuba di KL, harganya amat tidak berbaloi. Mereka hanya berikan rawatan legakan otot dan urat, tenyeh sana dan sini dan terus charga RM190. Senaman tak diberi, punca tak dikesan dan kalau nak semua itu, perlu datang lain kali dengan kos yang sudah tentu lebih tinggi daripada kos pengenalan pertama.
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D