Yee Mee Sizzling Terbaik Warung Pisang
Yee Mee Sizzling Terbaik Warung Pisang
Anda yang menggemari sizzling mesti selalu beli makanan ini di kedai makan. Sizzling termasuk hidangan panas yang memang sesuai dijadikan hidangan petang-petang mahupun makan malam. Makanan ini sangat menaikkan nafsu makan.
Pernahkah anda terfikir untuk menyediakan sendir sizzling di rumah anda? Kenapa perlu beli lagi jika anda boleh menyediakan sendiri hidangan bertaraf restoran ini? Anda boleh makan bila masa anda mahu. Resepi sizzling tidak sesukar yang anda bayangkan. Resepi dan bahan-bahannya juga sangat mudah didapat.
Tak susah pun nak buatnya jika anda jumpa resepi yang betul. Seperti resepi yang mendapat perkongsian ramai yang kami tulis dibawah ini. Resepi sizzling yee mee yang dikongsikan oleh Yati Mohd di Facebook.
Anda tak perlu risau jika tak ada hot plate untuk sizzling. Anda boleh guna kuali kecil saja. Tampilan beza namun rasa konfirm sama dengan restoran. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
Resepi Sizzling Yee Mee
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam atau isi ayam bahagian dada. Dibersihkan, potong sedang dan lumurkan bersama 1 sdb kicap hitam/pekat, sedikit gula dan lada sulah.
Perapkn dalam 1 jam.
4 ulas bawang putih dipenyekkan.
1 1/2 inci halia dipenyekkan.
Cili kering 6 tangkai dipotong 2.
Cendawan shitake yang kering dalam 15 biji direndam dalam 2 jam. Lepas itu bersihkan dan buang kakinya dan belah 2. Perap dengan sedikit sos tiram.
Sayur sawi yang dicelur dalam air panas menggelegak. Bubuh sedikit minyak. Kalau sudah bertukar warna, angkat dan toskan.
Yee mee yang boleh dibeli di pasaraya.
Kicap hitam/pekat dalam 3sdb (mahu gelap boleh tambah lagi).
Sos tiram 2 sdb
Serbuk lada putih dan lada hitam.
Garam, sedikit gula, kiub ayam knor dan ajinomoto.
Air tepung jagung (mengikut kepekatan yang diingini)
Cili api dan cili merah dibuang biji. Hiris dan bubuh kicap cair. Ketepikan
Cara Memasak :
1. Tumis bawang putih dan halia hingga layu dan masukkan cili kering. Masak hingga naik bau dan bubuhkan cendawan. gaul sebati.
2. Kemudian masukkan 1 cawan air.
3. Biarkan cendawan menjadi lembut dan masukkan ayam. Gaul sebati. Kacau dalam 5 min.
4. Masukkan air. Agak-agak saja. Perasakan dengan kicap pekat, sos tiram, kiub ayam knor, sedikit gula, ajinomoto, serbuk lada hitam dan lada putih. Biar hingga menggelegak dan kecikkan api.
5. Tutup kuali dan masakkan hingga cendawan dan ayam agak lembut. Masukkan air tepung jagung hingga kuah agak pekat. Sesuai rasa dan selera, boleh tutup api.
6. Untuk menghidangkannya guna kuali kecil. Masukkan kuah, pecahkan telur dan masukkan yee mee sesanggul.
7. Lepas itu alihkan kedalam pinggan dan taruh sayur sawi dan sedikit lagi kuah. Siap untuk dihidang bersama dengan cili api hiris. Selamat mencuba.
Yee mee kalau mahu celur dengan air panas sekejap pun boleh juga. Saya tak celur sebab kuah boleh melembutkan yee mee.
Pagar makan tanaman Makan malam kota bharu Tempat makan best di kota bharu Warung badik-badik Tempat makan lesehan Lagu pagar makan tanaman Rumah makan terlajak laris di bangi Makan malam kuala Terengganu Tempat makan menarik di alor star Kedai makan near me Hobby makan Makan sedap near me Kedai makan sedap near me Makan near me Bacaan gula selepas makan Kedai makan terdekat Dah makan rider Kedai makan perlis Buaya makan manusia Maksud doa makan Ekocheras food Grab food promo code 2019 Thai food festival in putrajaya Food near me right now Food panda promo Kuching food festival 2019 Promo code grab food Register grab food Grab food promo How to order grab food Food panda rider Food grab Grab food rider Grabfood Grab food driver Food panda Melaka Grab food Malaysia Food panda penang Voucher food panda Food bank Malaysia Mee Sizzling sizzling yee mee resepi sizzling resepi sizzling yee mee resepi sizzling mee resepi sizzling yee me azie kitchen sizzling tofu sizzling stonegrill
Moga video ini bermanfaat kepada siapa yang berminat untuk membesarkan perut masing-masing.
--------------------------------------------------------------
Connect with Me 📲
--------------------------------------------------------------
☞ Instagram :
Personal : http://instagram.com/zul_fattah_saleh
Bisnes : http://instagram.com/brace_men
☞ Twitter : https://twitter.com/bracemenspa
☞ Email Work : zulfattah91@gmail.com
☞ Whatsapp : 011-16840717
--------------------------------------------------------------
SUBSCRIBE TO MY CHANNEL :
https://www.youtube.com/channel/UCQV3LZ2eYptieOJRjOQAXwg
https://www.youtube.com/channel/UCQV3LZ2eYptieOJRjOQAXwg
--------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D