7 TIPS SIMPAN DUIT LEBIH BANYAK BERBANDING ORANG MAKAN GAJI BERIBU SEBULAN

Mei 09, 2020




Terdapat sepasang suami isteri. Kedua-duanya bekerja. Gaji mereka sama banyak. Setiap hari gaji, isteri membayar upah pengasuh anak, bil semasa, barang dapur, barangan keperluan harian (toiletries), keperluan anak (susu & pampers), di samping keperluan sendiri iaitu makan, tambang ke tempat kerja, & keperluan harian diri.
Sewa rumah tidak dapat dibayar kerana wang tidak mencukupi. Hutang bank tidak dapat dibayar. Namun tidak pula berbelanja mewah.
Sudahlah isteri yang menanggung kesemua perbelanjaan, suami pula meminta duit setiap bulan. Alasan, duit tidak cukup. Harga minyak naik. Suami membayar ansuran kereta, & memberikan duit kepada ibunya, yang beranggapan anak duduk di bandar kerja bergaji besar & hidup senang.
Setiap bulan isteri memberikan duit kepada suami, untuk mencukupkan perbelanjaan yang sedia ada & ini sudah berlanjutan selama 2 tahun.
Isteri ada hak kah untuk tidak memberikan duitnya kepada suami, dengan alasan untuk simpan untuk emergency? Atau dia sememangnya boleh buat begitu, kerana sepatutnya suami yang memberi nafkah kepada isteri, & bukan sebaliknya?
Ramai yang bergaji kecil rasa mereka tak mampu nak menyimpan duit untuk dana kecemasan, persaraan, dan sebagainya.

Tapi ini bukan alasan untuk korang berputus asa dan mengalah. Ada banyak cara dan strategi yang boleh kita gunakan untuk menyimpan duit, walaupun gaji bulanan kita tak besar.

Saya  percaya, korang boleh menyimpan kalau sanggup cari dan belajar cara menyimpan yang betul. Untuk ini, saya nak kongsikan tip Jason Cabler yang boleh bantu korang menyimpan lebih banyak duit dalam bank.


Tip #1: Nilai balik dan ubah kos perbelanjaan isi rumah anda.

Kos tanggungan isi rumah menjadi sebab utama ramai tak mampu nak menyimpan (walaupun sikit). Ini termasuk isu kadar sewa rumah, bil eletrik dan air, makanan, atau lain-lain perkara yang berkaitan.

Secara umum, adalah elok untuk mengawal perbelanjaan isi rumah supaya tak guna lebih 25% daripada gaji kita.

Mungkin kat luar kawasan Kuala Lumpur, tanggungan seperti ini tak jadi masalah sebab kos sara hidup yang berbeza. Tapi untuk yang tinggal kat kawasan bandar, ia boleh buatkan kewangan kita jatuh sakit kalau tak diurus dengan baik.

Orang yang gaji beriban pun mengeluh, ini pula orang yang bergaji rendah. Kalau tak mampu nak menyewa rumah yang korang duduk sekarang, cari rumah dengan kadar sewa yang lebih rendah.

Bagi yang dah membeli dan memiliki rumah, mungkin korang boleh biaya semula (refinance) rumah itu dan dapatkan duit tunai (cashback), supaya ia dapat disalurkan kat akaun simpanan atau pelaburan.

Untuk yang masih bujang dah belum berkahwin, korang boleh sewakan bilik sebagai back-up untuk tanggung kadar sewa atau ansuran bulanan rumah.

Duit lebihan ini, tak usah pula belanja untuk perkara yang tak patut. Fokus utama kita adalah nak menyimpan sebanyak mungkin. Buat satu akaun simpanan tetap dan simpan duit ini secara berdisiplin setiap bulan.

Tip #2: Rancang setiap perbelanjaan secara teliti.

Elakkan berbelanja ikut suka hati atau semata-mata menurut hawa nafsu. Dalam banyak kes, ini antara perkara yang akibatkan kewangan kita bocor.

Cara terbaik nak elakkan masalah ini terjadi adalah merancang perbelanjaan kita dengan baik.

Setiap kali nak ke kedai atau pasaraya untuk membeli barang dapur, buat satu senarai barang yang kita nak beli. Dan ikut senarai itu dengan penuh berdisiplin.

Beli barang yang kita tulis kat senarai itu saja, dan tak perlu gatal tangan membeli barang lain. Setiap kali dapat gaji, buat perkara ini dulu sebelum bertindak keluar membeli barang keperluan ini.

Pendek cerita, strategi ini boleh elakkan korang terlebih berbelanja kat perkara yang tak patut. Dan pada masa yang sama, ia akan selamatkan kewangan korang daripada bocor tak tentu pasal.

Dan strategi ini tak terhad kat perbelanjaan barang dapur semata-mata. Perbelanjaan lain seperti kos minyak kenderaan, tol, atau makanan pun, korang boleh aplikasikan strategi ini. Ia cukup fleksibel untuk kita gunakan kat rata-rata jenis perbelanjaan yang ada.

Kalau korang perasan, kewangan kita senang bocor bila tak buat pelan perbelanjaan atau bajet dengan baik. Bila dah buat bajet nanti, korang akan perasan perubahan ketara dan lebih berupaya menyimpan lebih banyak setiap bulan.

Tip #3: Usah segan silu beli barangan terpakai (yang masih elok).

Kalau tak banyak duit, tak semestinya tak boleh bergaya. Kedai bundle sentiasa jadi pilihan utama. Cuma, kena pandai memunggah dan cari saja. Banyak barang yang masih berkondisi elok dan barangan terpakai ini harganya murah.

Saya ingat lagi masa zaman universiti dulu. Kos keseluruhan yang saya keluarkan untuk beli beberapa helai baju, seluar, dan sepasang kasut tak pernah lebih daripada RM70. Kalau beli baru, saya tak rasa boleh dapat barang sebanyak itu.

Dan bukan saya seorang saja macam ini. Kalau korang baca buku Tuan Faizul Ridzuan (WTF), dia sendiri ada bercerita pasal ini. Dan saya percaya, ramai lagi orang hebat kat negara ini berkongsi cara berbelanja yang sama.

Kalau korang serius nak berjimat, tak salah beli kereta, barangan eletronik, perabot dan sebagainya yang terpakai. Ada banyak kedai yang jual barangan terpakai kat sekitar Lembah Klang, dan mereka tawarkan harga yang berpatutan.

Buat apa beli yang baru, kalau yang terpakai masih elok dan ia 30 hingga 50% lebih murah? Dah tentu banyak duit kita boleh jimat.

Tip #4: Mengelak daripada jadi hamba abdi kad kredit.

Kalau salah guna kad kredit, kita ada potensi jadi miskin. Tahun lepas, seramai 23,484 orang muflis sebab gagal membayar pinjaman, dan antara yang jadi mangsa adalah golongan belia.

Statistik ada buktikan yang ramai kecundang dek tak tahu uruskan penggunaan kad kredit dengan baik. Mentaliti “sapu dan dapat” (swipe and get) elok kita elakkan sehabis boleh supaya kita dapat elakkan masalah ini berlaku.

Tambahan pula, ada kajian luar negara yang buktikan orang yang ada akses kad kredit berpotensi bebelanja lebih banyak (sebanyak 12%), berbanding orang yang tak ada.

Kalau tahu diri sendiri tak boleh kawal nafsu dengan baik, elakkan memohon kad kredit untuk keselamatan korang sendiri. Tok harap, korang tak tergolong dalam angka kat atas tadi dan elakkan ia daripada terjadi sehabis boleh.

Masalah ini boleh kita hindarkan dengan berbelanja secara tunai, selari dengan perancangan bajet bulanan yang bagus.

Tip #5: Berikan sepenuh perhatian kat perbelanjaan kecil.

Ada tak korang kaji tabiat membeli setiap kali ke kedai runcit? Atau tabiat membeli kopi setiap pagi?

Secara tak sedar, ini adalah tabiat yang makan banyak duit kita. Padahal, kita boleh buat dan bawa kopi segar dari rumah ke tempat kerja. Dah tentu ini dapat jimatkan banyak duit kita.

Sama juga dengan air mineral. Tak berdosa pun kalau bawa botol air kat rumah ke pejabat. Kalau habis, boleh isi balik dan gunakan botol itu berulang kali.

Makan tengahari? Boleh sediakan siap-siap kat rumah dan bawa sebagai bekal. Apa? Malu kalau kawan-kawan kat pejabat mengata? Bukan guna duit depa pun. Kalau kita tak ada duit nanti, boleh ke depa tolong kita? Belum tentu lagi kan?

Kos seperti ini yang banyak gunakan duit kita setiap hari. Cuba buat kira-kira, dan korang akan perasan. Duit untuk yang selalu kita buat belanja untuk perkara ini, boleh kita simpan. Korang akan terkejut berapa banyak yang korang boleh jimatkan.

Tip #6: Sekali-sekala saja layan nafsu makan kat restoran.

Tak salah kalau nak makan kat restoran. Sebulan dua tiga kali, saya tak kisah lagi. Tapi kalau selalu atau hari-hari, takut korang sendiri yang pening kepala nanti.

Saya rasa, korang pun tahu yang harga makanan kat restoran berkali ganda lagi mahal, berbanding kos memasak kat rumah. Sepinggan nasi ayam dah RM5. Itu tak campur lagi dengan air honeydew, atau paling kurang pun teh o’ ais.

Kos seorang melantak dah RM7 ke RM10. Kalau tiap-tiap hari layan nafsu makan macam ni, korang kira sendiri berapa banyak duit yang korang bagi kat tauke restoran tu. Senyum dia ada pelanggan macam ni.

Itu baru restoran biasa. Kalau restoran high class, 5 bintang, buffet hotel, dan yang seangkatan dengan tempat macam ni, bertambah banyak lagi duit korang hangus dek semata-mata nak melayan nafsu serakah makan.

Kalau korang teringin nak makan sedap-sedap, boleh je buat potluck dengan kawan-kawan. Ajak datang rumah (atau pergi ke rumah diaorang). Buat pelan dengan mereka jenis makanan yang masing-masing patut sediakan. Lagi syok, dan confirm lebih jimat.

Tip #7: Jadi pemburu kupon diskaun yang sejati.

Sekarang ni, saya perhatikan banyak laman web yang tawarkan kupon secara digital yang kita boleh gunakan. Daripada nak beli baju, hingga ke barang basah dapur. Semua ada tawaran diskaun yang menarik.

Yang paling best, ia dah tentu berikan nilai tak terhingga kat duit kita. Bertambah-tambah selamat duit dalam poket kita membeli barangan keperluan asas. Antara yang terbaik dari pengamatan saya seperti:

Groupon Malaysia,
ShopBack,
VoucherCodes,
Yaloa Deals,
iPrice, dan banyak lagi.
Tok rasa tak patut kita abaikan laman web seperti ini, sebab ia berikan penjimatan yang cukup baik. Dah tentu duit baki lepas selesai membeli-belah nanti, kita boleh biarkan ia bersemadi dengan selamat dan aman dalam bank.

Mungkin korang boleh gunakan tawaran ini sekali dengan kupon fizikal yang boleh kita dapatkan kat akhbar atau majalah. Bertambah berbaloi-baloi!


Ada banyak lagi cara dan strategi jimatkan duit, dan ia tak terhad. Kalau kita perah otak dan jadi kreatif, saya percaya macam-macam lagi idea yang boleh kita fikirkan dan buat.

Guna dan kaji sama ada tip kat atas ini untuk jangka masa panjang. Baru kita boleh dapatkan angka penjimatan untuk setiap satu strategi yang kita gunakan.

Dan kalau ada yang boleh jimatkan banyak duit kita, tak salah gunakan ia berulang kali. Mula ubah gaya fikir (mindset) kita. Tak bermakna gaji yang sikit itu, kita tak boleh menyimpan langsung. saya doakan semoga korang berjaya ya!





Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Plan Hibah
Hubungi Mohd
01116840717
wakil AIA Public Takaful

sumber: geniustakafulblogspot

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.