HIBAH TAKAFUL UNTUK ISTERI DAN KELUARGA YANG TERSAYANG
PERLUKAH KELUARGA ANDA MEMPUNYAI WANG SETELAH MEREKA TERPUTUS SEGALA PUNCA PENDAPATAN, KERANA KEHILANGAN PENCARI NAFKAH UTAMA KELUARGA.... ???
Sebagai contoh, jika anda seorang pekerja yang makan gaji. Gaji bulanan anda adalah keperluan kepada anda dan juga seisi keluarga. Adakah anda telah memahami apa yang akan terjadi kepada taraf hidup anda sekeluarga jika ditakdirkan hari ini anda tidak mampu bekerja? Atau lebih teruk jika keluarga anda kehilangan anda sebagai sumber mata pencarian keluarga. Apa akan jadi kepada segala komitmen anda?
Adakah anda telah disediakan dengan jumlah simpanan atau hibah yang secukupnya untuk keluarga tersayang? Adakah jumlah tersebut mencukupi? Anda telah sediakan backup plan?
Jika anda telah menyediakan sejumlah simpanan di bank atau di mana-mana instrumen kewangan berdaftar, adakah anda sanggup menghabiskan wang tersebut? Sedangkan hanya dengan 10% dari gaji tahunan anda, anda boleh mencipta simpanan kecemasan serendah RM500,000 di akaun Takaful AIA Public Takaful. Bagaimana Jika satu hari nanti tiba-tiba orang yang membawa pulang duit perbelanjaan harian kepada keluarga tidak pulang-pulang ke rumah, apa nasib keluarga yang menanti duit belanja tersebut. Hibah sahaja yang dapat membantu. Syarikat Insuran atau Takaful yang akan membantu bukan bank,rakan-rakan,sanak-saudara yang akan memberi cek RM500,000 kepada keluarga anda.
Pernah tak anda terfikir..
Gaji suami : RM3000
Gaji isteri : RM3000
TOTAL : RM6000
Komitmen bulanan :
Sewa Rumah RM800 (anggaran shj)
Kereta 2 buah RM1000
Belanja anak-anak RM800
Perbelanjaan Harian 800
Perbelanjaan seisi keluarga RM1000
Total RM4,400
Balance tinggal lagi RM1,200 untuk simpanan
Tanpa diduga cuba bayangkan suatu hari nanti INCOME SUAMI/ISTERI TERPUTUS SELAMA-LAMANYA disebabkan
1. Kematian (kematian)
2. Penyakit kritikal (kanser, jantung, buah pinggang)
3. Hilang upaya kekal (lumpuh)
RM6000 - RM3000 = RM3000
Akibatnya SUAMI/ISTERI anda terpaksa menanggung 100% perbelanjaan yang ditinggalkan oleh anda!
Gaji isteri/suami RM3000
Total belnja RM4,400
(Negatif RM1,400)
Dan tidak ada lebihan lansung untuk suami/isteri dan anak-anak buat belanja selama sebulan
Jadi fikirkan apa yang mungkin berlaku pada masa akan datang sekirannya salah seorang putus pendapatan dan kemalangan atau sakit dan paling teruk kematian....
Jadi bertindaklah sekarang.
Bolehkah anda mengeluarkan 10% dari pendapatan bulanan anda untuk tujuan menyelamatkan lagi 90% dari pendapatan anda. Jika 10% adalah jumlah yang besar, bolehkah anda mengeluarkan sekitar 2% dari pendapatan anda untuk membina satu aset segera untuk di wariskan kepada keluarga. 2% adalah jumlah yang sangat kecil. Jika anda berpendapatan RM3000 sebulan 2% hanya RM60.00, Keluarkan RM60.00 untuk aset yang tersedia sebanyak RM50,000 adakah satu bebanan yang besar buat anda. Ketahuilah jika berlaku kematian perkara pertama yang dibincangkan oleh waris selepas pengkebumian adalah soal duit & harta simati. Jika si mati ada membuat hibah takaful, hibah ini tidak boleh di usik & hanya penerima hibah saja yang layak berbangding harta-harta yang lain. Percayalah duit pampasan pertama yang waris anda akan terima adalah pampasan Hibah Takaful.
Jika kita tiada berharta, satu-satuya cara untuk membina harta dengan mudah untuk di wariskan kepada keluarga kita adalah melalui hibah Takaful. Selalunya orang akan berkata "buat apa, dah mati baru dapat duit". Melalui kata-kata ini, tidakkah ia menunjukkan anda seorang yang tidak bertanggungjawab pentingkan diri sendiri, cuba fikirkan nasib keluarga dan anak-anak jika anda meninggal dunia, terputus segala perbelanjaan untuk mereka. cuba fikirkan wang simpanan dalam dana persaraan anda, adakah anda pasti wang yang anda carum 11-12 % sebulan itu anda akan terima sebelum anda mati...???. Rancanglah kewangan masa depan anda bermula sekarang, tua bukan syarat mati, sakit bukan syarat mati, bila-bila masa ajal akan menjemput kita. Fikirkan keluarga anda. Sertailah plan takaful, buang ego anda jadilah seorang yang bertanggungjawab pada keluarga.
DI AIA Public Takaful kami menyediakan plan-plan hibah yang bersesuaian untuk anda. Ada juga plan Hibah Famili yang mana dalam suami dan isteri dilindungi dalam 1 plan. kos untuk membina aset melalui hibah takaful tidak mahal. Malah plan-plan ini mempunyai nilai tunai dan nilai matang untuk tempoh tertentu. Jadi sampai satu masa nilai tunai ini merupakan simpanan anda.
Contoh caruman Hibah Famili :
Ahmad umur 30 tidak merokok, bekerja sebagai kerani am, berpendapatan RM2500 sbln.
Untuk Ahmad membina aset hibah bernilai RM50,000 Ahmad hanya perlu membuat caruman RM42.60 sebulan iaitu hanya 1.7% sahaja dari pendapatan bersamaan RM1.42 sehari. Berapakah harga teh tarik yang anda minum sehari ? berapa kos rokok anda dalam sehari ?.
Isteri Ahmad, Fauziah 30 tahun, tidak merokok pekerjaan jurujual di pasaraya. pendapatan RM1500 sebulan.
Untuk mereka berdua membina aset hibah takaful RM50,000, mereka hanya perlu membuat jumlah caruman RM69.60 iaitu bersamaan 1.74% dari pendapatan isi rumah mereka (RM4000) bersamaan RM2.32 sehari. Dengan RM2.32 adakah mereka dapat membeli teh tarik untuk 2 orang ?.
Dengan mengeluarkan RM69.60 sebulan mereka membina aset hibah takaful saling melindungi antara satu sama lain. Isteri RM50,000 dan Suami RM50,000. *RM69.60 adalah jumlah untuk 2 orang ( murah bukan ?)
Jika sebuah keluarga mengeluarkan RM70.00 sebulan adakah keluarga tersebut terbeban ?. Di bandingkan tidak membuat apa-apa caruman takaful adakah RM70.00 tadi memberikan sumbangan yang besar untuk mereka.
keluarkan 1.74% dari pendapatan anda akan menyelamatkan lagi 98.26% pendapatan anda untuk disalurkan ke keluarga anda jika pendapatan anda kepada mereka sudah terputus.
pendapatan anda kepada keluarga anda bakal terputus cuma kita tak tahu bila masanya. mungkin sebentar lagi, mungkin esok mungkin lusa.Jadi bertindaklah sekarang.
Sebenarnya anda tahu Insuran/Takaful penting untuk anda sertai, jika anda meninggal dunia atau hilang upaya pampasan akan disalurkan kepada keluarga anda tetapi anda saja buat-buat tak tahukan.
Ingin keterangan lanjut
Hubungi
Zul Fattah
01116840717
AIA Elite Life Planner
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D