hebatnya kuasa sedekah
H E B A T N Y A K U A S A S E D E K A H
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah.
Allah menolak pelbagai bencana dengan sedekah. Ketentuan ini sememangnya diketahui oleh sama ada bagi para ulama ataupun orang awam. Sebab itulah ramai yang mempercayainya kerana mereka telah mencubanya.
Sedekah memiliki kehebatan yang luar biasa untuk menolak pelbagai bencana meskipun sedekah itu dikeluarkan oleh orang yang fasik, zalim atau kafir.
Subhanallah, begitu besarnya ganjaran yang bakal diperoleh kepada mereka yang gemar bersedekah.
Dalam hal itu, ada satu kisah ketika zaman Nabi Ibrahim alaihissalam.
Suatu hari, Malaikat Maut menemui baginda dan bertanya; "Siapa anak muda yang tadi bertamu ke rumahmu?" Jawab Nabi Ibrahim, "Dia sahabat dan juga muridku".
Malaikat Maut bertanya lagi? "Apa tujuan kedatangannya menemuimu?".
Lalu Nabi Ibrahim berkata, "Dia mengutarakan niatnya akan bernikah esok pagi".
Namun, Malaikat Maut membalas: "Sayang sekali ya, usia anak muda itu tidak akan sampai esok pagi".
Lantas malaikat itu segera meninggalkan Nabi Ibrahim.
Namun, keesokan harinya, baginda alai masih melihat dan menyaksikan pernikahan anak muda berkenaan.
Bahkan, usia lelaki itu mencecah sehingga 70 tahun.
Lalu baginda bertanyakan hal itu kepada Malaikat Maut dan ia menjawab, "Wahai Ibrahim, pada malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh daripada kekayaannya. Dan ini yang membuatkan Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup".
Hebatnya kuasa sedekah.
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D