Ini nasihat kewangan untuk orang muda. Orang dah tua pun boleh.
Ini nasihat kewangan untuk orang muda. Orang dah tua pun boleh.
1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Buka RM1,500.00
2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM2++ sebulan
3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada Grab Food, Food Panda dan macam2.
4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan / lelaki coverage RM150K tiap tahun, baru RM90 pun ada..
5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak. Online pun boleh..
6. Semua tak nak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu PERCUMA..
7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi ke. Kalau aku, belanja kek jadilah. 🤣🤣
8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki. Jangan tunggu kaya baru nak sedekah..
9. Bagitau GF/BF belanja makan, wayang asing asing. Jangan acah nak gentle bagai. Kalau gentle, pinang terus.
10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yg boleh bantu. Aku pun boleh..
11. Buat unit amanah, buat mana yg mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
12. Kurangkan bakar duit sendiri, JANGAN MEROKOK. Kesihatan jaga duit pun save.
13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di semampu yang boleh. Takyah terpengaruh dgn trend celebrity
14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, jimat minyak. Nak lagi sempoi naik train. Sekarang semua senang.
15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K. Dengan aku PERCUMA 3 BULAN. PM je aku tunjuk jalan..
16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.
18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pon hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.
19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.
20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.
Ok..Nama pun nasihat..Kalau nak ikut silakan..
Kalau tak nak ikut pun tak mengapa..
Zul Fattah
Life Planner AIA Takaful
01116840717 ..
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D