Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak.
Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak.
.
Disebabkan pendemik Covid-19 yang melanda dunia, rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah.
.
Namun begitu, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak kelonggaran telah diberikan hampir diseluruh dunia susulan daripada penurunan kes jangkitan yang berlaku.
.
Solat dalam hujan.
.
Di Ankara Turki, Solat Jumaat telah mulai dibenarkan dan ibadah tersebut dilakukan di kawasan dataran dengan masing-masing mengikut SOP yang ditetapkan.
.
Gambar-gambar semasa solat Jumaat tempoh hari telah tular apabila jemaah langsung tidak berganjak walaupun ketika itu hujan turun dengan lebatnya.
.
Terus khuyuk beribadah.
.
Masing-masing dilihat khusyuk menikmati ibadah tersebut yang sudah lama tidak dilakukan berikutan perintah kawalan yang dikuatkuasa oleh kerajaan Turki berhubung pendemik Covid-19.
.
Gambar-gambar yang tular itu turut dimuat naik CNN Turk dan dikongsikan berulang kali di laman sosial sehingga ke hari ini.
.
Oleh itu, dapat kita pelajari bahawa nikmat yang dikurniakan ketika ini sangat besar terutamanya selepas berlakunya pendemik Covid-19 yang pastinya hampir melumpuhkan ekonomi seluruh dunia.
.
.
Kredit Twitter : CNN Turk
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D