TIPS MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA.

Ogos 13, 2020


TIPS MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA

1. Apabila ibu bapa bertanya, jawab dengan baik. Usah biarkan pertanyaan ibu bapa, termasuklah di WhatsApp, tidak berjawab. Walaupun ibu bapa tidak beritahu anak-anak, percayalah mereka kecil hati.
.
2. Gunakan ayat yang penuh apabila berkomunikasi dengan ibu bapa. Elak, "Sudah." Sebaliknya jawab, "Saya sudah makan malam tadi." Ayat ini lebih manis di telinga ibu bapa. Usah gunakan gaya percakapan kawan-kawan dengan ibu bapa.
.
3. Usah tunggu ibu bapa bertanya. Elok anak-anak yang mula bertanya ibu bapa. Anak-anak boleh bertanya adakah ibu bapa sihat, adakah mereka sudah makan, dan apakah aktiviti ibu bapa hari ini. Ibu bapa amat berbesar hati apabila melihat anak-anak prihatin dengan mereka.
.
4. Biasakan menzahirkan kasih-sayang kepada ibu bapa. Ucap terima kasih. Ucap "Saya sayangkan emak." Ucap "Saya rindukan ayah." Perkataan ini tidak susah diungkapkan, namun beri makna yang besar kepada ibu bapa.
.
5. Sekira ada perkataan ibu bapa yang kurang menyenangkan, elok berdiam diri saja. Sebagai manusia, ada masa mereka marah. Ada masa mereka sedih. Usah melawan dan berbalas-balas cakap dengan ibu bapa. Mereka sudah cukup berkorban rasa dengan kita.
.
6. Apabila ibu bapa membesarkan anak-anak selama lebih 20 tahun, mereka ada deria rasa yang tinggi. Melihat muka anak atau mendengar beberapa patah perkataan saja, mereka sudah dapat meneka apa yang anak-anak lakukan. Usah berbohong dengan ibu bapa. Mereka cukup terkilan apabila kena bohong dengan anak-anak.
.
7. Walau bagaimana sekali pun kita rasa pendapat ibu bapa salah, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak, maka raikan pendapat tersebut.
.
8. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan harta benda anak-anak. Selama ini pun, ibu bapa sudah korbankan banyak harta benda mereka kepada anak-anak. Ada kala ibu bapa ikat perut kerana nak beri kesenangan kepada anak-anak.
.
Jika tiada kedua ibu bapa berbaktilah kepada mertua kerana mereka juga adalah ibu dan ayah kita sampai bila-bila.
.
Hargailah mereka jika mereka masih ada.
.
.
Zul Fattah
AiA Elite Life Planner

Tiada ulasan:

Terima Kasih :D

Dikuasakan oleh Blogger.