Allah Maha Memberi

Tuhan memberi kita peluang untuk bertaubat tetapi kita menggunakannya untuk terus melakukan dosa.
.
Tuhan memberi kesempitan untuk kita berdoa tetapi kita meminggirkanNya sebaik sahaja kelapangan menjelma.
.
Tuhan memberi kita kesetiaan dari insan terdekat tetapi kita memburu ketidak pastian dari insan yang jauh.
.
Tuhan memberi penyelesaian menerusi setiap helaian wahyu tetapi kita terus-terusan mencari solusi berpandukan fikiran yang keliru.
.
Tuhan telah memberikan kita cinta tetapi kita masih tega untuk memburu dusta.
.
Tuhan memberikan kita kesempatan dan nyawa tetapi kita membalasnya dengan maksiat dan dosa.
.
Tuhan memberi kerana kita hambaNya... tetapi kita sering menerima dengan lupa bahawa Dialah Tuhan kita!.
.
Tiada ulasan:
Terima Kasih :D